Hubungan dengan manusia Ru

Di Terengganu, kebanyakan kampung nelayan di tepi pantai diberi nama dari pokok ini. Antaran kampung-kampung ini (tidak lengkap) adalah kampung Ru Renggeh,[12] Ru Dua,[13] Rusila yang dulunya Ru Se Le (Ru Satu Pokok Sahaja), dan Ru Rendang.

Kegunaan

Kayu pokok ini lebih kuat daripada kayu pokok jati tetapi boleh meretak. Kayu tersebut kadang-kadang digunakan untuk membina alang dan kasau bumbung rumah, selain juga tiang kapal dan benda tugas berat lain; ia juga bahan kayu api dan arang yang sangat bagus.[11]

Kulit kayu pokok ru digunakan untuk merawat disenteri dan diarea. Ia juga menghasilkan resin yang berguna untuk menyamak kulit haiwan.[11]

Rujukan

WikiPedia: Ru http://www.findlatitudeandlongitude.com/?loc=3,+Ka... http://www.wildsingapore.com/wildfacts/plants/coas... http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/ting_s... http://en.mapatlas.org/Malaysia/Inhabited_Place/Ka... http://apps.worldagroforestry.org/treedb/AFTPDFS/C... https://nla.gov.au/nla.obj-60272771/view?partId=nl... https://nla.gov.au/nla.obj-60272783/view?partId=nl... https://books.google.com/books?id=q2v3kb9tFsYC&pg=... https://www.trussel2.com/ACD/acd-s_a1.htm#24875 https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Casuarina+eq...